Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

myviuthm.blogspot.com



Tuesday, April 7, 2009

Bermulanya cabaran dalam menjulang nama UTHM

Kosmo 31 Mac 2009: Pelajar Mekanikal Teknologi Automotif Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pada 30 Mac 2009, itulah tarikh rasmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima Myvi non-registered oleh Perodua. Pada 2 April 2009 pula, Myvi ini tiba di Makmal Automotif UTHM.

Perodua menyediakan sebanyak 12 unit 1.3 liter Myvi berharga RM 480,000 keseluruhannya untuk diserahkan 12 institusi pengajian tinggi tempatan dalam mengambil bahagian Perodua Eco-challenge ini.

RM10,000 akan diberikan pada setiap institusi pengajian tinggi tempatan oleh pihak Perodua sebagai modal kepada pelajar terlibat membina 'Myvi' baru yang jimat minyak.

Pada Januari 2009, Perodua menyerahkan kertas kerja berkenaan Perodua Eco-Challenge dalam menjemput 21 universiti tempatan dan politeknik untuk menyertainya. Namun begitu, hanya 12 universiti termasuk sebuah politeknik disenarai pendek.

Institusi pengajian tinggi tempatan yang terlibat adalah Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Industri Selangor (Unisel), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Cabaran ini akan dipertandingkan di Speedway Plus Circuit, Subang pada 20 Jun 2009. Jumlah wang hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak RM 88,000. Walaupun begitu, hanya 9 tempat hadiah sahaja yang disediakan, iaitu 3 tempat untuk "auto tranmission", 3 untuk "manual", dan 3 untuk "booth and presentation".

12 unit Myvi adalah termasuk 4 unit Myvi SE ( 2 unit manual dan 2 unit auto), 4 unit Myvi Premium ( 2 unit manual dan 2 unit auto) dan 4 unit Myvi Standart ( 2 unit manual dan 2 unit auto).

Selepas dipilih secara rawak, pihak UTHM menerima Myvi Tangerine Orange SE (MT) sebagai cabaran "Eco-Challenge Race Perodua" dalam membawa MyVi ini berada dalam jarak terjauh dengan hanya menggunakan 1 Liter minyak sahaja.

Sedikit tambahan, Myvi yang di'cipta' baru ini, kemudiannya akan diuji 18 Jun 2009 sebelum hari pertandingan di Speedway Plus Circuit, Subang. Selepas tamat pengujian itu, Myvi ini akan dikuarantinkan dari sebarang pengubahsuaian. Dalam masa kuarantin ini, Perodua akan mengosongkan tangki minyak, dan diperiksa mengikut spesifikasi Myvi yang ditetapkan oleh pihak Perodua bagi bersikap adil.

Menariknya di sini, setiap kereta Myvi ini hendaklah sekurang-kurangnya tidak melebihi 2 minit 30 saat dalam satu pusingan lengkap litar. Ini menunjukkan kereta Myvi yang dicipta baru ini, tidak boleh terlalu perlahan bagi menjimatkan minyak. Jika lebih 2 minit 30 saat, penalti akan diberikan berupa pengurangan jarak yang dilalui.

Selain itu, berat minimum pada kereta adalah 700 kg, manakala pemandu adalah tidak kurang daripada 50 kg.

Kami, wakil UTHM, dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Insya-Allah, ada caranya. Sama-samalah kita saksikannya nanti.

Berikut adalah mereka yang terlibat dalam menyahut cabaran ini atas nama UTHM;

1. Staf (14 orang).

2. Pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi (Automotif) Tahun 1 2008/2009 (16 orang).

Oleh itu, kepada warga UTHM, marilah bersama-samalah kita mencipta sejarah baru dalam menjuarai cabaran ini. Sokongan moral warga UTHM akan kami nantikan di Subang nanti.

Insya-Allah.

"Dengan hikmah, kita meneroka"

"With Wisdom, We Explore"

Penulis: muhammad

For more information, click this link [perodua].

Sekitar Majlis Perodua Eco-Challenge 2009

1.3 liter Myvi SE Tangerine Orange (MT) khas dari Perodua kepada UTHM.

Pensyarah dan pelajar UTHM bersama Dr Khalid bin Hasnan, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM          ( Atas, tiga dari kanan )

Pensyarah dan pelajar Mekanikal Teknologi (Automotive) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Wakil-wakil IPTA dan sebuah politeknik dalam majlis Perodua Eco-Challenge di Rawang pada 31 Mac 2009.

Wakil dari UTHM, Timbalan  Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Dr Khalid bin Hasnan (dari tengah, tiga ke kiri)